i) 1 jurnal berkaitan dengan tajuk minggu ini


Tajuk Jurnal :

AN ASSESSMENT OF THE EFFICIENCY OF USING COMPUTERIASED
LEARNING FOR FACULTY PROFICIENCY TRAINING

Penulis :

KING-DOW SU, CHING-WEN LIN AND YU-MIN CHANG
De Lin Institute of Technology, Taipei, Taiwan, R.O. C.


Int'l J of Instructional Media Vol. 35(4), 2008


Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kemahiran pembelajaran yang menggunakan animasi komputer, arkib digital, buletin powerpoint dan perisian e-Plus sebagai pengajaran teknologi multimedia dalam proses pembelajaran. Kajian ini juga dibahagikan kepada dua bahagian. Cubaanbahagian pertama akan menganalisa latar belakang varians dimana mempunyai bahagian dalam kursus teknologi multimedia. Bahagian yang kedua adalah membuat penilaian mengenai tingkahlaju pembelajaran yang merangkumi tiga aspek iaitu keputusan pembelajaran, kandungan pembelajaran dan motivasi pembelajaran. Keputusan kajian menunjukan terdapat empat kelebihan iaitu dalam persekitaran pembelajaran multimedia, guru mempunyai pandangan pembelajaran yang positif yang berkenaan dengan pembelajaran yang berkaitan, guru mengambil berat tentang kepentingan selepas mendapat faedah dalam pembelajaran komputer, ia amat berguna untuk guru untuk menggunakan literasi animasi dan pada akhir kajian, diharapkan pembelajaran multimedia akan menghasilkan pembelajaran yang efektif.



Techniques for Mass Trainingin Basic Computer Skills
JIM D. MITCHELL
JOSHUA YEIDEL
Computing Service Center
Washington State University
Pullman, Washington 99164-1220


Kumpulan perkhidmatan pengguna dengan pusat pengkomputeran universiti menghadapi satu latihan yang mencabar kerana pengkomputeran mula ada untuk bilangan pelajar lebih besar lagi. Dalam kebanyakan institusi, kelas yang lebih besar untuk latihan komputer menjadi satu keperluan. Di Washington State University (WSU), saiz kelas kita telah dibesarkan dari maksimum 12 pelajar kepada maksimum 250 orang pelajar dalam empat tahun. Kelas lebih besar dan baru diperlukan untuk meningkatkan teknik-teknik latihan. Kertas ini membentangkan beberapa teknik yang pernah berjaya dipraktikkan di Washington State University untuk kelas sehingga 250 orang pelajar.



Computer Training for
English-as-a-Second-Language Speakers
Helen Potocki Lisser, Technical Writer


Latihan di Bar Ban University diusahalan dengan cara melakukan kelas komputer peribadi di IBM dan terminal IBM dan dengan menggunakan IBM 4381 dan 3081 di pusat komputer. Semua kursus dan dokumentasi yang berkaitan diberikan dibawah naungan pusat komputer yang tidak dikenakan bayaran. Pada dasarnya ia menggalakkan supaya menyediakan pengguna masyarakat dan menggalakkan penggunaan komputer secara maksimum untuk keperluan akademik dan pentadbiran. Ia adalah kepentingan untuk membiasakan seperti kebanyakan pengguna dengan alat yang berkuasa dimana perlu untuk meningkatkan kefahaman. Penekanan kajian ini akan menggunakn dua kaedah iaitu dengan cara pusat komputer. Walaupun demikian, seperti yang disebut harus dibentuk dan kandungan kelas latihan komputer peribadi. Kepopularannya meningkat dimana pengajaran dengan pusat komputer, dimana majoriti pengguna berminat dalam memelihara kerja mereka pada komputer.


Computer Training And User Support In Higher Education:
Small Staff—Big Demands

Kay McClintock

Karen Boland

Kajian ini menerangkan bagaimana sekumpulan kecil kakitangan boleh melatih dengan berkesan dan menyokong 700 kakitangan (fakulti, kakitangan dan pentadbir) dan seramai 3000 pelajar dengan sokongan aplikasi perisian. Tugasan latihan komputer dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kakitangan pentadbiran, yang diajar oleh pengaturcara daripada MIS dan selebihnya untuk ahli akademik, termasuk fakulti dan pelajar, yang diajar oleh jurulatih bertauliah. Kakitangan pentadbiran baru dikehendaki untuk menghadiri latihan selama seminggu yang akan dijalankan untuk mempersembahkan tugasan pada komputer. Dengan menggunakan kepakaran, kumpulan kakitangan tersebut akan dapat menghasilkan yang terbaik dalam melakukan latihan kepada sesiapa sahaja.

ii) Buku yang berkaitan dengan tajuk ini


Tajuk Buku : Ten Steps to Complex Learning (2007)

Penulis : Jeroen J.G Van Merrienboer dan Paul A.Kirschner


Buku ini mengandungi tiga bahagian yang merangkumi bahagian I iaitu Pengenalan, bahagian II menerangkan mengenai 10 langkah pembelajaran kompleks dan bahagian III pula menerangkan mengenai Aplikasi pembelajaran kompleks. Bahagian ini menerangkan megenai pembelajaran kompleks yang melibatkan integrasi antara pengetahuan, urutan tugas kelas, menentukan objektif pembelajaran, merekabentuk maklumat yang berguna, menganalisis maklumat kognitif, menganalisis model mental, merekabentuk maklumat mengikut prosedur, peraturan kognitif, menganalisis pengetahuan sebelum dan selepas dan merekabentuk latihan tugasan.

Istilah


Objek Pembelajaran (OP), di ambil dari perkataan bahasa inggeris “Learning Object’’ (LO).
Istilah ini wujud dari dua bidang amalan profesional:

-“ Object-oriented programming (OOP) ” yang mana mengelompokkan kod-kod kepada kelompok kod yang boleh diguna semula, mempunyai fungsi tersembunyi dan ciri-ciri yang mudah.

-“ Objektif pembelajaran ” yang menawarkan pernyataan mudah terhadap pencapaian atau hasil sesebuah pembelajaran yang mengambikira perlakuan yang dilaksanakan terhasil dari aktiviti pembelajaran.



Latar belakang

Kandungan pembelajaran dalam bentuk digital yang dipakejkan dengan cara yang betul akan:

-Menjadikannya mudah di ‘cari’.

-Operasi dalam pelbagai konteks

-Kemudahan pembelajaran yang lebih fleksibel (bila-bila masa, dimana-mana)

-Mudah diselaraskan bagi tujuan pembinaan/pembangunan bahan pengajaran.

Definisi


-OP adalah koleksi bahan-bahan digital-gambar, dokumen, simulasi yang diiringi oleh objektif pembelajaran yang jelas dan boleh diukur bagi menyokong sebarang aktiviti pembelajaran (Johnson, 2003 hlm. 4 diadaptasi oleh NMC, 2004 hlm.1)

Ciri-ciri OP

-Mempunyai objektif pembelajaran yang jelas dan boleh diukur

-Bersifat digital

-Boleh diedarkan atau diakses melalui internet atau sistem rangkaian

-Mengandungi aktiviti yang boleh mengundang pelajar membuat eksperimen dan berinteraksi dengan kandungan

-Mengandungi kandungan (“subject matter”) dan antaramuka

-Mengandungi metadata

Mengapa gunakan OP?

-Fleksibel dimana ia menawarkan akses kepada pelbagai mod pembelajaran kepada pelajar.

-Kos yang efektif dimana mendapat sumber percuma (punca terbuka)dan bahan boleh digunakan berulang kali

-Kesesuaian(Customizability)dimana guru boleh memilih OP yang boleh disesuaikan dengan bahan sedia ada dan stail pembelajarannya .

Mengapa kita membina OP?

-Tidak menemui bahan pengajaran yang boleh memenuhi keperluan objektif pembelajaran

-Bagi menambah (supplement) kepada bahan pengajaran yang sedia ada.

o Tambah-nilai

o Lebih mendalam

Isu-isu yang perlu ditangani

-Kurangnya kemahiran teknikal

-Menggabungkan elemen pedagogi yang berkesan dalam OP

-‘ Intelectual Property’(IP) dan Hak cipta.

-Beban kepada pengarang

-Skop (saiz kandungan pada setiap satu OP)

Penghasilan OP

-Tulis objektif pembelajaran yang jelas

-Pilih kandungan yang sesuai yang boleh menyokong matlamat pendidikan

-Sistem penyampaian yang sesuai (PPT, Internet dll)

-Pilih struktur aktiviti yang sesuai (Task anaysis)

-Berikan pilihan kepada pelajar terhadap ‘laluan’ dalam OP (Skill Hierarchy)

-Berikan pelbagai ruang aktiviti yang boleh menangani pelbagai mod pembelajaran (cth: ‘permainan’ dalam aktiviti di internet)

-Maklumbalas yang konstruktif

-Pertimbangkan isu penilaian

Rekabentuk bagi tujuan ‘Interoperability’

-‘ Interoperable’

o Boleh dilaksanakan dengan OP yang lain dan Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS)

-Guna-semula

o Pengguna lain boleh menggunakan OP dengan cara yang berbeza dengan cara awda.

-Penemuan

o Boleh ditemui dengan mudah bila masa ia diperlukan

-Pemilikan

o Pernyataan terhadap pemilikan di OP, tanpa mengambilkira dimana akan diedarkan atau bagaimana ianya digunakan.

-Ketahanan

o Bertahan lebih lama dan boleh dikembangkan lantaran dari kepatuhan terhadap piawaian metadata nya.



Model Pengajaran Kemp, Morrison and Ross

- rekabentuk pengajaran adalah suatu proses sistematik untuk mereka bentuk, membangun, melaksana dan menilai pengajaran.

- Dalam reka bentuk pengajaran kemp, Morrison and ross terdapat 2 bujur luaran yang menunjukkan pembetulan dan penambahbaikan sentiasa berlaku, kesemua eleman dalam reka bentuk pengajaran tidak bergantung antara satu sama lain dan kesemua elemaan boleh dijalankan serentak.

- Berorientasikan bilik darjah, dimana ia bertumpu kepada usaha untuk meningkatkan kualiti kandungan pengajaran dan mempunyai beberapa cirri unik seperti membincangkan pengajaran dari perspektif pelajar.

- Meneliti perkembangan dari perspektif sistem umum dalam mana setiap komponen bagi model rekabentuk pengajaran dianggap bebas antara satu sama lain.

- Memberi penekanan kepada pengurusan proses reka bentuk pengajaran

- Terdapat 9 unsur dalam reka bentuk pengajaran ini iaitu:

a) Mengenal pasti masalah pengajaran dan menyatakan tujuan relevan bagi membuat reka bentuk program pengajaran

b) Meneliti cirri pelajar

c) Mengenal pasti kandungan mata pelajaran dan menganalisis komponen tugasan yang berkaitan dengan tujuan pengajaran

d) Menyatakan objektif pembelajaran

e) Menyusun kandungan dalam setiap unit pengajaran bagi mengekalkan pembelajaran yang logikal

f) Membuat reka bentuk strategi pengajaran bagi membolehkan setiap pelajar mencapai objektif pembelajaran

g) Membuat pelan bagi menyampaikan mesej pengajaran dan bentuk pengajaran

h) Mereka bentuk instrument penilaian untuk mentaksir objektif pembelajaran