Aktiviti 2 : Reka bentuk Pengajaran (Kemp, Morrison dan Ross)

Posted by Emi Suzira binti Zainuddin Monday, January 11, 2010



Model Pengajaran Kemp, Morrison and Ross

- rekabentuk pengajaran adalah suatu proses sistematik untuk mereka bentuk, membangun, melaksana dan menilai pengajaran.

- Dalam reka bentuk pengajaran kemp, Morrison and ross terdapat 2 bujur luaran yang menunjukkan pembetulan dan penambahbaikan sentiasa berlaku, kesemua eleman dalam reka bentuk pengajaran tidak bergantung antara satu sama lain dan kesemua elemaan boleh dijalankan serentak.

- Berorientasikan bilik darjah, dimana ia bertumpu kepada usaha untuk meningkatkan kualiti kandungan pengajaran dan mempunyai beberapa cirri unik seperti membincangkan pengajaran dari perspektif pelajar.

- Meneliti perkembangan dari perspektif sistem umum dalam mana setiap komponen bagi model rekabentuk pengajaran dianggap bebas antara satu sama lain.

- Memberi penekanan kepada pengurusan proses reka bentuk pengajaran

- Terdapat 9 unsur dalam reka bentuk pengajaran ini iaitu:

a) Mengenal pasti masalah pengajaran dan menyatakan tujuan relevan bagi membuat reka bentuk program pengajaran

b) Meneliti cirri pelajar

c) Mengenal pasti kandungan mata pelajaran dan menganalisis komponen tugasan yang berkaitan dengan tujuan pengajaran

d) Menyatakan objektif pembelajaran

e) Menyusun kandungan dalam setiap unit pengajaran bagi mengekalkan pembelajaran yang logikal

f) Membuat reka bentuk strategi pengajaran bagi membolehkan setiap pelajar mencapai objektif pembelajaran

g) Membuat pelan bagi menyampaikan mesej pengajaran dan bentuk pengajaran

h) Mereka bentuk instrument penilaian untuk mentaksir objektif pembelajaran


0 comments

Post a Comment