Aktiviti 3 : Objek Pembelajaran

Posted by Emi Suzira binti Zainuddin Monday, January 11, 2010

Istilah


Objek Pembelajaran (OP), di ambil dari perkataan bahasa inggeris “Learning Object’’ (LO).
Istilah ini wujud dari dua bidang amalan profesional:

-“ Object-oriented programming (OOP) ” yang mana mengelompokkan kod-kod kepada kelompok kod yang boleh diguna semula, mempunyai fungsi tersembunyi dan ciri-ciri yang mudah.

-“ Objektif pembelajaran ” yang menawarkan pernyataan mudah terhadap pencapaian atau hasil sesebuah pembelajaran yang mengambikira perlakuan yang dilaksanakan terhasil dari aktiviti pembelajaran.



Latar belakang

Kandungan pembelajaran dalam bentuk digital yang dipakejkan dengan cara yang betul akan:

-Menjadikannya mudah di ‘cari’.

-Operasi dalam pelbagai konteks

-Kemudahan pembelajaran yang lebih fleksibel (bila-bila masa, dimana-mana)

-Mudah diselaraskan bagi tujuan pembinaan/pembangunan bahan pengajaran.

Definisi


-OP adalah koleksi bahan-bahan digital-gambar, dokumen, simulasi yang diiringi oleh objektif pembelajaran yang jelas dan boleh diukur bagi menyokong sebarang aktiviti pembelajaran (Johnson, 2003 hlm. 4 diadaptasi oleh NMC, 2004 hlm.1)

Ciri-ciri OP

-Mempunyai objektif pembelajaran yang jelas dan boleh diukur

-Bersifat digital

-Boleh diedarkan atau diakses melalui internet atau sistem rangkaian

-Mengandungi aktiviti yang boleh mengundang pelajar membuat eksperimen dan berinteraksi dengan kandungan

-Mengandungi kandungan (“subject matter”) dan antaramuka

-Mengandungi metadata

Mengapa gunakan OP?

-Fleksibel dimana ia menawarkan akses kepada pelbagai mod pembelajaran kepada pelajar.

-Kos yang efektif dimana mendapat sumber percuma (punca terbuka)dan bahan boleh digunakan berulang kali

-Kesesuaian(Customizability)dimana guru boleh memilih OP yang boleh disesuaikan dengan bahan sedia ada dan stail pembelajarannya .

Mengapa kita membina OP?

-Tidak menemui bahan pengajaran yang boleh memenuhi keperluan objektif pembelajaran

-Bagi menambah (supplement) kepada bahan pengajaran yang sedia ada.

o Tambah-nilai

o Lebih mendalam

Isu-isu yang perlu ditangani

-Kurangnya kemahiran teknikal

-Menggabungkan elemen pedagogi yang berkesan dalam OP

-‘ Intelectual Property’(IP) dan Hak cipta.

-Beban kepada pengarang

-Skop (saiz kandungan pada setiap satu OP)

Penghasilan OP

-Tulis objektif pembelajaran yang jelas

-Pilih kandungan yang sesuai yang boleh menyokong matlamat pendidikan

-Sistem penyampaian yang sesuai (PPT, Internet dll)

-Pilih struktur aktiviti yang sesuai (Task anaysis)

-Berikan pilihan kepada pelajar terhadap ‘laluan’ dalam OP (Skill Hierarchy)

-Berikan pelbagai ruang aktiviti yang boleh menangani pelbagai mod pembelajaran (cth: ‘permainan’ dalam aktiviti di internet)

-Maklumbalas yang konstruktif

-Pertimbangkan isu penilaian

Rekabentuk bagi tujuan ‘Interoperability’

-‘ Interoperable’

o Boleh dilaksanakan dengan OP yang lain dan Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS)

-Guna-semula

o Pengguna lain boleh menggunakan OP dengan cara yang berbeza dengan cara awda.

-Penemuan

o Boleh ditemui dengan mudah bila masa ia diperlukan

-Pemilikan

o Pernyataan terhadap pemilikan di OP, tanpa mengambilkira dimana akan diedarkan atau bagaimana ianya digunakan.

-Ketahanan

o Bertahan lebih lama dan boleh dikembangkan lantaran dari kepatuhan terhadap piawaian metadata nya.

0 comments

Post a Comment